Update – Peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” (Tambahan Hadiah)
Salam 1 Malaysia Jomtonton.net ucapkan. Moga hari ini anda ceria dan bahagia ![]()

JT baru sahaja mendapat makluman daripada Pengendali Blog, penyertaan yang diterima untuk peraduan “Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog” amatlah menggalakkan. Sebanyak 22 penyertaan telah diterima daripada blogger seluruh negara. Peraduan yang akan tamat pada 20 Feb 2012 ini menawarkan hadiah istimewa iaitu hosting percuma selama 2 tahun yang ditaja sepenuhnya oleh Elfbytes Web Hosting.
Ini bermakna, masih ada lagi peluang untuk penyertaan. Tidak salah mencuba, lagi pula bukan susah untuk meyertainya. Secara tak langsung dapat membina nama dan kreadibiliti di kalangan blogger-blogger yang sudah lama berkecimpung dalam arena blog ini. Dengan menyertai segmen atau peraduan sebegini, kita sebenarnya sudah mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Jika hidup berjiran secara nyata, kita harus melawat jiran tetangga, kemudian menyertai aktiviti yang dianjurkan jiran seperti kenduri kendara, majlis kesyukuran dan sebagainya, begitu juga konsep berjiran di alam maya ini. Walaupun tidak pernah bertemu muka, namun blogger adalah sebuah komuniti masyarakat yang besar, dan kita perlu ada inisiatif untuk beramah mesra di antara satu sama-lain.
Wahh! Panjang berjela pulak celoteh JT. Walhal JT nak maklumkan tentang penambahan hadiah tadi kan? Jangan marah arr
Baiklah, sebenarnya pihak penganjur telah berbesar hati untuk menambah lagi satu hadiah yang berupa sebuah domain ( .com, .net, .org, atau .info sahaja) yang juga ditaja sepenuhnya selama dua (2) tahun bernilai RM70. Menarik kan
Jika anda sekarang sedang menggunakan platform blogspot.com, elok bebenor lah join. Mana tahu boleh guna .com sendiri lepas ni. Kan cantik tu ![]()
Hadiah ini akan diberikan kepada peserta yang mendapat tempat ke-2 sahaja. Manakala tempat pertama kekal dengan hadiah hosting percuma selama 2 tahun. Jadi, jom meriahkan peraduan ini jika anda masih belum menyertainya lagi. Jika anda terlepas info tentang peraduan ini, sila rujuk entri JT sebelum ini di artikel Segmen Khas : Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog.
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
Kiriman Yang Berkaitan :
- Segmen Nasz : Aku dan Rakan Bloggerku
- Lelaki Kacak 2012
- Segmen Khas : Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog
- Jom Bangunkan Blog Menggunakan WordPress
- Jom Giveaway Choco Rerama Biru
- Segmen Seni : Makeover Me Contest
- Jom Join Blogwalking 2012 bersama Sufai.com
- Hadiah Dari KakYong
- Lelaki Kacak Dalam Cabaran SEO Lelaki Kacak
- Jom Sertai Cabutan Bertuah JerseyMalaya














