Tutorial Top Komentar Versi Jomtonton
Salam 1 Malaysia, apa khabar hari ini?
Tutorial Top Komentar Versi Jomtonton dibuat setelah dah lama rasanya JT tak buat apa-apa tutorial WordPress di belog ini. Kalau anda yang selalu berkunjung ke sini mungkin perasan akan perubahan-perubahan yang dibuat terhadap belog ini. Kali ini JT nak kongsikan cara JT membuat senarai top komentar. Rujuk gambar di bawah atau lihat pada menu sebelah kanan anda.

Selepas belog ini disuspend akibat penggunaan CPU berlebihan baru-baru ini (24 Mac), maka banyak jugalah plugin-plugin terpaksa dikorbankan. Plugin-plugin yang bersifat automatik dah JT kurangkan dan JT terpaksa menggunakan kod sebagai alternatif lain.
Jika anda tiada masalah dalam penggunaan plugin, boleh teruskan. Penggunaan plugin sebenarnya lebih selamat berbanding menggunakan kod kerana anda tidak perlu risau jika mahu mengemaskininya, memandangkan ia boleh dikemaskini secara automatik daripada Dashboard WP. Namun ia terpulang kepada keperluan masing-masing. Tutorial ini disediakan sebagai ingatan buat JT sendiri jika memerlukan rujukan suatu hari nanti. Mungkin ada yang berminat, boleh saja guna cara ini ![]()
Kod dalam tutorial ini telah dimodifikasi mengikut citarasa JT. Harap maklum.
Tutorial Top Komentar Versi Jomtonton
- Seperti biasa, sebelum buat apa-apa perubahan elok lah backup dulu fail yang akan digunakan. Ada 2 fail yang terlibat iaitu functions.php dan sidebar.php daripada Dashboard WP -> Appearance -> Editor.
- Buka fail functions.php, kemudian tampal kod berikut ini sebelum ?> dan Save:
//Top Komentar Cara Jomtonton function top_comment_authors($amount = 5){ global $wpdb; $results = $wpdb->get_results(' SELECT COUNT(comment_author_email) AS comments_count, comment_author_email, comment_author, comment_author_url FROM '.$wpdb->comments.' WHERE comment_author_email != "" AND comment_type = "" AND comment_approved = 1 GROUP BY comment_author_email ORDER BY comments_count DESC, comment_author ASC LIMIT '.$amount ); $output = "<ul>"; foreach($results as $result){ $output .= "<li>".get_avatar( $result->comment_author_email, '40' )." <b>".$result->comment_author."</b> [".$result->comments_count." komen] </br>Dari ".$result->comment_author_url."</li>"; } $output .= "</ul>"; echo $output; }Anda boleh mengubah jumlah senarai top komentar pada nilai $amount = 5 kepada nilai pilihan anda.
- Seterusnya buka fail sidebar.php dan tampal kod ini di kedudukan bersesuaian :
<?php top_comment_authors();?>
- Selesai. Mudah sahaja bukan. Oh ya, kalau nak guna plugin pun boleh, banyak plugin top komentar boleh anda dapatkan dari pakcik Google
Ini hanyalah perkongsian dari JT sahaja. Selamat mencuba.
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
Kiriman Yang Berkaitan :
- Robots.txt Untuk WordPress
- Jom Seminar WordPress di Akademi Denaihati
- Kaedah Meletakkan Badge Google Plus di Sidebar WordPress
- Cara Mudah Install WordPress di Localhost
- Cara Ubah Avatar WordPress
- Cara Pendekkan URL Profil Google Plus
- Jom Timbang Berat Belog
- Jadual Kod Warna Html Untuk Blogger
- Cara Mudah Semak Meta Deskripsi
- Cara Daftar Akaun Google Plus















Dulu blog aku pun banyak plugin luaran yang dicari melalui google tapi terpaksa dibuang sbb melambatkan loading blog.
bagus juga ni sebab aku lagi suka tak guna plugin..
tapi perlu customize lagi ni supaya boleh letak link terus
Sebenarnya memang sengaja buat macam tu, tak nak bagi link
chii guna plugin yg ada je..senang..malas nak pk byk..ehehhe
Betul tu
JT guna pun sebab ada masalah