Tips BlackBerry : Cara Menukar Themes
Salam 1 Malaysia dari Jomtonton.net,
Untuk tips BlackBerry hari ini JT ingin menjawab persoalan yang ditanya oleh Saudara Adam dalam komen entri Cara Elak Kredit Prepaid Dipotong sebelum ini.

Tips ini berguna bagi sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak menggunakan BB ini. Themes atau tema BlackBerry boleh dipasang secara OTA (Over The Air) melalui App World. Cuma layari App World, pilih mana-mana themes yang diminati dan secara automatik akan dipasang ke dalam BB. Selain App World anda juga boleh mendapatkan themes daripada laman sesawang berikut :
Namun setelah lama menggunakan sesuatu themes mungkin anda ingin mengubahnya kembali kepada default themes (tema lalai) ataupun themes lain yang telah disimpan sebelum ini. Langkah-langkah yang ditunjukkan di sini mungkin ada perbezaan antara sesebuah model BalckBerry yang anda gunakan. Hal ini demikian, setiap model BlackBerry menggunakan sistem operasi (OS) yang berbeza. Misalnya BB Bold 9000 menggunakan OS 4.6, BB Bold 9780 menggunakan OS6 dan BB Bold 9900 menggunakan OS7 dan begitulah seterusnya.
Walaupun ada perbezaan menu dalam setiap OS, namun tidak terlalu ketara perubahan yang dibuat. Kalau dibandingkan dari segi performance, tentu sahaja amat jauh perbezaan antara OS terbaru dengan OS lama
Setakat entri ini ditulis, pihak RIM telah memperkenalkan kepada pasaran superphone BlackBerry 10.
CARA MENUKAR THEMES ATAU TEMA BLACKBERRY
- Tekan pada Menu (Ikon BlackBerry)
- Pilih Options

- Seterusnya pilih menu Display

- Kemudian pilih Screen Display dan scroll ke bawah sehingga nampak senarai pilihan Themes yang telah terpasang

- Pilihlah Themes mana yang ingin diaktifkan. Untuk default themes BB biasanya akan diberi nama Black Berry 5, 6, 7 dan seterusnya

Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
- cara nak tukar theme blackberry,cara guna blackberry bold,macam mana nak setting blackberry,macam mana nak download theme blackberry,Macam mana menggunakan Tema,cara tukar thema blackberry,cara tukar tema blackberry 9000,Cara tukar tema blackberry,cara nak setting bb 9220,cara nak guna blackberry curve 9220
Kiriman Yang Berkaitan :















saya baru jinak2 nk paki bb tapi say dah bnyak kali try
nk masukkn theme bila cari takda
macm mana nk buat tekanan ya amat dah nihh
tak boleh2
kalau tutup data services wifi tak leh guna juga?
kenapa saya xboleh main web browser guna wifi?
Barangkali ada kesilapan dalam setting tu
saya pun macm mana nk buat ek