Tag Archives: tarikh permohonan PISMP 2012

Permohonan PISMP Ambilan Jun Pada 22 Mac 2012

Kementerian Pelajaran MalaysiaSalam 1 Malaysia,

Permohonan PISMP Ambilan Jun 2012 atau Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan dibuka pada 22.03.2012 ini. Calon-calon SPM 2011 yang sudah pun mendapat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia pada 21 Mac 2012 bolehlah cepat-cepat membuat permohonan pada tarikh tersebut.

Permohonan PISMP Ambilan Jun Pada 22 Mac 2012 ini hanya dibuka secara online sahaja. Para pemohon perlu membeli No Pin di Bank Simpanan Nasional bernilai RM6.00 pada hari 22 Mac tersebut.  Borang Permohonan serta maklumat lanjut yang berkaitan, boleh disemak di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my . Tarikh tutup Permohonan PISMP Ambilan Jun adalah pada 5 April 2012.