Tag Archives: siaran langsung liga super rtm dan astro arena

Keputusan dan Jadual Liga Super 21 Januari 2012

Liga Super 2012 - Keputusan Perlawanan 21 Januari 2012

Sabtu 21 Jan 2012 - Liga Super hari ini bakal menyajikan 6 lagi perlawanan hebat setelah perlawanan ke-4 Kedah lwn Kelantan berakhir semalam.

Kedah terus dilanda kemarau gol dalam tempoh 360 minit Liga Super musim ini. Kelantan memburukkan lagi keadaan apabila meraih tiga mata penuh ketika bertandang di Stadium Darul Aman menerusi kemenangan selesa 3-0 yang menyaksikan mereka melonjak ke persada Liga Super. Sang Kenari membuat kejutan apabila pemain import dari Brazil, Daniel Soares Neves bermula dari bangku simpanan.

20.01.12 Siaran Langsung Kedah vs Kelantan : Liga Super 2012

Liga Super 2012 - Siaran Langsung Kedah vs Kelantan 20 Jan 2012

Pada hari Jumaat ini, perlawanan ke-4 pasukan Kedah yang akan bertemu Kelantan di Stadium Darul Aman akan berlangsung sebagaimana dijadualkan. Keputusan semalam Kedah seri 0-0 dengan PKNS walaupun banyak peluang cubaan gol, namun tiada penyudahan yang berbisa. Manakala Kelantan pula cemerlang apabila menundukkan Johor FC 2-1 di Kota Bharu.

17.01.12 Siaran Langsung Kedah vs PKNS : Liga Super 2012

Liga Super 2012 - live streaming Kedah vs PKNS 17 Jan 2012

Selasa ini, 7 lagi perlawanan Liga Super Malaysia akan berlangsung. Perlawanan ke-3 ini menemukan 2 pasukan di sebelah petang dan selebihnya pada sebelah malam. Pada kali ini Selangor akan bertandang ke Stadium Hang Jebat bertemu Felda United pada jam 4:45 petang, sementara Sabah akan terbang menentang Terengganu T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.