Tag Archives: siaran langsung liga super rtm dan astro arena
Keputusan dan Jadual Piala FA Malaysia 17-19 Feb 2012

Salam Sukan 1 Malaysia dari Jomtonton.net,
Hari ini 17 Feb 2012 – Satu perlawanan saingan Piala FA Pusingan Pertama akan berlangsung dimana Perak akan bertemu ATM di Stadium Perak pada jam 8:45 malam. Esok 18 Feb 2012, sebanyak 12 perlawanan akan dilangsungkan, dengan perlawanan tumpuan menyaksikan Kelantan vs Sarawak, Terengganu vs PDRM dan T-Team vs Johor. Sementara pada 19 Feb 2012, 2 perlawanan akan berlangsung dimana Pahang vs Felda United akan menjadi perlawanan tumpuan pada hari tersebut. Berikut adalah jadual penuh saingan Piala FA Pusingan Pertama yang akan dilangsungkan 3 hari berturut-turut :
Liga Malaysia 2012 : Live Streaming | 8:45 Malam
Keputusan dan Jadual Liga Super 14 Februari 2012

Salam Sukan 1 Malaysia dari Jomtonton.net,
Hari ini 14 Feb 2012 – Perlawanan Liga Super sudahpun masuk minggu ke-8. Kelantan kembali mengungguli carta liga setelah menewaskan Terengganu Sabtu lalu. Malam ini, Kelantan bakal bertemu Selangor. Dua pasukan yang dikenali dengan gelaran “Red”, akan mempersembahkan aksi-aksi mendebarkan di Stadium Nasional. Terengganu yang kini di tangga ke-3 liga, akan menyambut Sang Kenari di gelanggang sendiri. Perak yang turun ke tangga ke-2 akan cuba memperbaiki rentak menyahut cabaran Anak Singa di Ipoh. Jangan lupa, temujanji anda malam ini. Berikut adalah jadual perlawanan yang akan dilangsungkan hari ini :
Liga Super Malaysia 2012 : Live Streaming | 8:45 Malam
Keputusan dan Jadual Liga Super 11 Februari 2012

Salam Sukan 1 Malaysia dari Jomtonton.net,
Esok – 7 perlawanan Liga Super akan berlangsung di seluruh tanah air. Sudah semestinya perlawanan tumpuan antara Kelantan menentang Terengganu akan menjadi perhatian memandangkan Kelantan dan Terengganu masing-masing menduduki tangga ke-2 dan ke-3 liga setakat ini setelah berlangsungnya 6 perlawanan. Manakala Perak pula sedang mendahului liga dengan 15 mata. Berikut adalah jadual perlawanan yang akan dilangsungkan :














