Tag Archives: monolog aku

Lelaki Kacak Suka Melepak?

Lelaki Kacak Suka Melepak

Salam 1 Malaysia,

Lelaki kacak suka melepak ka? Hahaha.. Apa khabar hari ni? Gua harap lu orang sihat disamping keluarga tersayang.. Gua tau hari ni sudah hujung minggu. Ramai yang bercuti. Boleh la lu orang bersenda gurau sama wanita bergelar isteri. Yang belum kahwin, jangan gedik-gedik cari pasal.. lu mau jadi Amerika ka apa?

Gua paham, ramai lelaki memang suka melepak. Sama ada dia sudah pening sama beban kerja hari-hari atau pun saja suka-suka. Kalau mau lepas tension, gua rasa itu biasa. Tapi kalau hari-hari (malam-malam) keluar apa cerita? Ada motif ka? Kalau keluar pergi masjid solat berjemaah, al-hamdulillah.. itu lain cerita :)

Earth Hour 2012

Earth Hour 2012 Malaysia

Salam 1 Malaysia,

Earth Hour 2012 | Entri ringkas dari aku. Malam ni tepat jam 8.30 malam jom ramai-rami kita tutup semua peralatan elektrik selama 60 minit termasuklah offline dari dunia maya ini.

Ini petikan daripada artikel WWF Earth Hour 2012 :

Kita hanya mempunyai satu planet. Anda boleh membantu melindunginya. Mengambil bahagian dalam kempen terbesar di dunia bagi planet kita iaitu : Earth Hour. Ianya bermula dengan memadamkan lampu anda selama satu jam pada jam 8:30 malam pada 31 Mac 2012 sebagai menunjukkan komitmen besar-besaran untuk masa depan yang lebih baik bagi planet ini. Berfikirlah apa yang boleh dicapai apabila kita semua bersatu untuk tujuan yang sama.

Angry Birds Space Melastik ke Bintang

Angry Birds Space Melastik Ke Bintang

Angry Birds Space Melastik ke Bintang? Haha macam-macam lah kan.  Tapi bila main game Angry Birds ni, teringat memori waktu aku masih kecil. Ke hulu ke hilir bawa lastik gara-gara mencari burung. Habis belukar, semak samun kami redah. Biasalah, nak melastik mesti ada geng, baru rock! Kesian burung tu menjadi mangsa penganiyaan kami.. hahaha. Rakus betul. Siapa paling tepat bidik, dapat lah banyak burung. Dan beliau lah yang akan menjadi hero lelaki kacak pada hari tersebut.