Tag Archives: live streaming tv malaysia

Lee Chong Wei vs Lin Dan : Final All England 2012

Final All England 2012 Lee Chong Wei vs Lin Dan

11 Mac 2012 – Malam ini akan berlangsung perlawanan badminton Final All England 2012, antara Lee Chong Wei vs Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham. Siaran langsung boleh anda tonton di saluran RTM TV1 bermula jam 8.30 malam. Semalam dalam aksi separuh akhir Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Korea, Lee Hyun Il manakala Lin Dan menundukkan lawannya  Keinichi Tago 21-18 | 21-17.

UPDATE Keputusan : Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri dan menamatkan permainan akibat kecederaan bahu yang beliau alami. Ternyata kecederaan yang dialami menganggu rentak permainan malam ini. Lin Dan menjadi Juara All England 2012 kali ini dengan keputusan 21-19 | 6-3 (30 minit). Apapun tahniah buat Lee Chong Wei kerana mara ke pentas akhir. Semoga beliau cepat sembuh.

Jadual Suku Akhir Piala FA Malaysia 2012

Jadual Suku Akhir Piala FA Malaysia 2012

Setelah menyaksikan pusingan kalah mati dalam saingan Piala FA semalam, selepas ini akan dilangsungkan perlawanan timbal balik Suku Akhir Piala FA Malaysia 2012 pada 24 Mac 2012 ( Suku Akhir Pertama) dan 27 Mac 2012 (Suku Akhir Kedua).

Siaran Langsung Separuh Akhir All England 10 Mac 2012

Separuh Akhir All England 10 Mac 2012 Lee Chong Wei vs Lee Hyun Il

Berlangsung sekarang perlawanan badminton Separuh Akhir All England antara Datuk Lee Chong Wei bertemu pemain Korea Lee Hyun Il. Dalam suku akhir sebelum ini Lee Chong Wei mengalahkan pemain Indonesia Dionysius  Hayom Rumbaka 21-9 | 21-11.

UPDATE : Lee Chong Wei menang straight game ke atas Lee Hyun Il 21-19 | 21-18 (45 minit)

Live Streaming Separuh Akhir All England