Tag Archives: live liga super 31 mac 2012

Keputusan Liga Super 30 Mac – 31 Mac 2012

Liga Super 2012 - Keputusan Liga Super 30 Mac - 31 Mac 2012

Salam Sukan 1 Malaysia dari Jomtonton.net,

Hari ini 30 Mac 2012 - Perlawanan Liga Super sudahpun masuk minggu ke-11 selepas berehat bagi memberi laluan kepada saingan suku akhir Piala FA 2012 dimana 2 perlawanan akan berlangsung malam ini iaitu Kedah vs Perak dan Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur. Manakala pada esok malam 31 Mac 2012 akan berlangsung pertemuan Kelantan vs Felda United, Terengganu vs Johor FC, T-Team vs Lions XII, Sabah vs Selangor, dan Sarawak vs PKNS.

Sementara itu dalam saingan Liga Perdana 2012, dua pemain import Angkatan Tentera (ATM) berazam memberikan sepenuh tenaga untuk membantu pasukan mereka ke Liga Super musim 2013.

Marlon Alex James, 35 dari St Vincent dan Bruno Sebastian Martelotto, 29 dari Argentina bukan asing dalam bola Liga M. James pernah bermain untuk Kedah dan membantu pasukan itu muncul juara Piala Malaysia pada 2007 dan Martelotto pula mewakili Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kelab pertama bergelar juara pada 2003. Kedua-duanya berkata, pengalaman itu akan digunakan untuk membantu ATM muncul juara dan sekali gus layak ke Liga Super.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super untuk minggu ini :