Tag Archives: info semasa

New iPad Mula Dipasarkan di Malaysia 20 April 2012

The New iPad 2012

New iPad Mula Dipasarkan di Malaysia | Semalam 16 April 2012, pihak Apple secara rasmi mengumumkan  senarai negara-negara  yang akan memasarkan iPad generasi ketiga atau New iPad. Ini termasuklah negara kita Malaysia yang akan mula menjual iPad Baru ini bermula Jumaat, 20 April 2012.

Pameran Raja Kita April-Jun 2012

Pameran Raja Kita April-Jun 2012

Pameran Raja Kita sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang julung kalinya diadakan di Istana Negara lama kini sedang berlangsung bermula hari ini 16 April 2012 hingga 15 Jun 2012 nanti. Dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah Percuma. Dijangkakan seramai 200,000 pengunjung termasuk pelancong asing akan mengunjungi pameran, yang diadakan setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami

Gempa Bumi di Sumatera 11 April 2012

11 April 2012 – Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Banda Aceh, Indonesia dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi. Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.

Gegaran kira-kira pukul 4.50 petang turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.