Tag Archives: AFC Challenge Cup 2012
Kelantan FA vs Arema Indonesia 4 April 2012

Salam Sukan 1 Malaysia,
Kelantan FA vs Arema Indonesia hari ini tanggal 04.04.2012 – Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada Arema dalam perlawanan kumpulan ketiga Piala AFC di Stadium Sultan Mohammad IV malam ini.
Mengungguli takhta Liga Super Malaysia, Kelantan tidak sabar-sabar untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang mereka selepas menewaskan Felda United 5-1 pada hari Sabtu lalu dan akan berusaha gigih untuk mengalahkan pasukan Liga Indonesia, Arema. Arema sedang mencari kemenangan pertama mereka dalam pertandingan ini selepas mencatatkan keputusan seri dengan Ayeyawadi United dan kekalahan terhadap Navibank Saigon.
Terengganu vs Kitchee SC AFC Cup 20 Mac 2012
UPDATE : 20 Mac 2012 - Terengganu vs Kitchee SC AFC Cup telah berlangsung petang ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah — Kuala Terengganu pada jam 4.45 petang. Ini merupakan perlawanan kedua dalam Kumpulan F. Terengganu telah tewas 0-2 kepada pasukan Kitchee SC.
Manakala pada esok hari 21 Mac 2012 akan berlangsung perlawanan antara Kelantan vs Ayeyawady United dalam Kumpulan H di gelanggang lawan Thuwanna YTC Stadium — Yangon.
UPDATE : 21 Mac 2012 – Ayeyawady United mendahului dengan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain import Kelantan Obinna Nwaneri pada minit ke 6. Aung Kyaw Myo menambah 1 lagi jaringan untuk Ayeyawady United pada minit ke 42.
Setelah perlawanan berbaki lagi beberapa minit, akhirnya Mohamad Ghaddar memecahkan kebuntuan di gawang lawan pada minit ke 66. Nampaknya Sang Kijang semakin tertekan. Jupiter Yves Ngangue berjaya menyumbat 1 lagi gol untuk pasukan Ayeyawady United pada minit ke 82. - Perlawanan tamat.














