FotoGrafik @ JOMTonton

Anda inginkan imej atau foto digital anda dibaiki atau diedit supaya lebih menarik? Kami bersedia untuk menghasilkan gambar untuk produk, pembungkusan, potfolio, label, cover dan sebagainya. Info Lanjut »

Qurban & Aqiqah @ JOMTonton

Jika anda berminat untuk menunaikan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja, anda boleh klik disini untuk tempahan. Info Lanjut »

 

Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami

Gempa Bumi di Sumatera 11 April 2012

11 April 2012 – Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Banda Aceh, Indonesia dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi. Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.

Gegaran kira-kira pukul 4.50 petang turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Wordless Wednesday – Palapes Udara

Wordless Wednesday – Palapes Udara

Wordless Wednesday – Lawak Kartunis Lambok #7

Siaran Langsung Istiadat Pertabalan Agong 11 April 2012

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong 11 April 2012

Siaran Langsung Istiadat Pertabalan Agong 11 April 2012,

Esok Rabu, 11 April 2012 akan berlangsung Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Istana Negara, Jalan Duta. Seramai 780 tetamu dijangka hadir termasuklah Sultan Brunai, Sultan Hassanal Bolkiah  yang diwakili oleh anakanda baginda.

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Balairong Seri Istana Negara. Balairong Seri Istana Negara mula digunakan untuk Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh. Sebelum itu, Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.