Utama » Pelbagai » Info IT dan Gajet » Nyawa Windows XP Masih Panjang

Nyawa Windows XP Masih Panjang

Nyawa Windows XP Masih Panjang

Salam 1 Malaysia,

Nyawa Windows XP Masih Panjang? Maaflah kalau tajuk entri ni agak mengelirukan :)

Ceritanya begini. Sebenarnya pihak Microsoft memanjangkan semula tempoh sokongan kemaskini untuk Windows XP dan Office 2003 selama dua tahun ke hadapan. Walaubagaimanapun, sokongan yang disediakan kepada kedua-dua perisian paling ‘otai’ ini hanya sokongan terhad sahaja (Extended support).

Sokongan Penuh (Mainstream support) untuk Windows XP dan Office 2003 akan berakhir pada minggu ini. Nasib yang sama juga diterima oleh Windows Vista dan Office 2007 yang sebenarnya berusia lebih muda. Sokongan “Mainstream” untuk kedua-duanya telahpun berakhir pada 10 April 2012 tempoh hari. Ada 2 tahap sokongan disediakan oleh pihak Microsoft terhadap mana-mana perisian keluarannya iaitu “Mainstream” dan “Extended”.

Pada tahap “Mainstream”, para pengguna perisian akan menerima seluruh kemaskini dari segi sekuriti, peningkatan stabiliti, penyelesaian masalah pepijat, dan ciri-ciri tambahan baru secara percuma. Manakala pada tahap “Extended”, hanya kemaskini berkaitan sekuriti sahaja yang disediakan secara percuma. Untuk kemaskini yang lain, hanya organisasi yang mempunyai kontrak sokongan berbayar yang berhak menerimanya.

Apabila sokongan terhad ini berakhir pada 2014, Microsoft tidak akan memberikan sebarang kemaskini sama sekali. Dengan demikian, perisian-perisian ini akan menjadi rapuh terhadap serangan dari internet dan juga malware. Bermula 10 April 2012, Windows Vista dan Office 2007 juga kini termasuk dalam tahap sokongan “Extended” hingga April 2017.

Sumber Ubahsuai dari : kompas.com

JT-Strategi Microsoft agar pengguna membeli produk terbaru mereka. Dah dapatkan Windows 8 ConsumerUbuntu jugak terbaik dan kacak :) Heheheh

Nyawa Windows XP Masih Panjang
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. New iPad Mula Dipasarkan di Malaysia 20 April 2012
  2. Google + Bakal Berwajah Baru
  3. Ada Apa Dengan New iPad?
  4. Motorola ATRIX 2 Kini Di Malaysia
  5. Ubuntu 12.04 LTS “Precise Pangolin” Beta 1 Kini Sedia Diuji
  6. Kisah Jutawan Segera Pencipta Instagram
  7. Cara Menukar Dokumen dan Laman Web Kepada PDF
  8. Tidak Sah Pertandingan Berdasarkan ‘LIKE’ di Facebook
  9. VIDEO : Trailer Rasmi The New iPad
  10. Windows 8 Beta dan Logo Baru

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

11 Respon Kepada Nyawa Windows XP Masih Panjang

  1. RIS-FAMILI berkata:

    Lega rasanya sbb aku masih guna xp dan vista utk kedua2 komputer aku.

Halaman 2 daripada 2 1 2

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>