Utama » Live Streaming Tv » Rancangan TV » Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3

Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3

Final Adik-Adikku Musim ke 3 2012

18 Mac 2012 – Sebentar tadi telah berlangsung Pentas Akhir Adik-Adikku di Dewan Plenary PICC, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula jam 9.00 malam. Tahniah diucapkan kepada da’ie cilik adik Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3 daripada Terengganu dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, hadiah iringan, trofi dan sijil. Keputusan yang membanggakan.

Naib juara telah dimenangi oleh adik Nurkhairah Afiqah Metamit, satu-satunya peserta daripada negara Brunei. Tempat ketiga pulak menjadi milik adik Muhammad Iqbal Zahin Bin Mustafa Kamal daripada Pahang.

Murabbi dan peserta Adik-Adikku Musim ke 3 tahun ini terdiri daripada Ustaz Mohamad Zarifi Bin Hj Mohamad Daud dengan peserta di bawah bimbingannya iaitu Muhammad Iqbal Zahin Bin Mustafa Kamal (Pahang), Amirul Hafidz Bin Muhammad (Selangor), Nurussyahamah Taqiah Binti Nurunnajmi (Terengganu) dan Afifah Syukriah Binti Abdul Ghani (Negeri Sembilan).

Ustaz Ahmad Badrul Sani Bin Baharudin pula membimbing peserta Muhammad Aiman Bin Abdul Latiff (Melaka), Muhammad Nor Akhmal Bin Ahmad Jamil (Johor), Raja Nur Shazatul Aisyah Binti Raja Idris Shah (Perak), Fahda Syazween Binti Fazul Anuar (Kedah) dan Nurkhairah Afiqah Metamit (Brunei).

Manakala Ustaz Izhar Arif Bin Mohd Kashim membimbing peserta Muhammad Rafiuddin Rafdi Bin Roslan (Kedah), Faris Izwan Bin Nordin (Kuala Lumpur), Siti Aisyah Solehah Binti Mohamed Danial (Pahang) dan Yasmin Hanani Binti Salehan (Selangor).

Tahniah JT ucapkan kepada Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3 dan semua peserta pentas akhir program ini. Tahniah juga buat JAKIM, penaja dan RTM atas inisiatif menganjurkan program realiti tv berunsur Dakwah ini. Moga-moga ada lagi sambungannya selepas ini kerana sememangnya mendapat sambutan hangat daripada para penonton. Jika tak salah JT, program ini telah mencecah rating 4 juta penonton semasa siaran langsung pentas akhir tadi.

Lirik Lagu Tema Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh

Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka.

Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama…
Adik-adikku, Insya Allah Boleh!

Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    adik adikku musim 3,adik-adikku musim 3,adik-adikku 2012,adik-adikku musim 4,nursahamah juara adik adikku,nama peserta adik adiku sayang,lagu adik-adikku tv1,lagu adik-adikku,adik-adikku musim4,nurussyahamah taqiah di tv1

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. MasterChef Selebriti Malaysia
  2. Live Streaming Final AJL ke 26 – 29 Jan 2012
  3. Shiro Juara Raja Lawak Musim Keenam
  4. Siaran Langsung Istiadat Pertabalan Agong 11 April 2012
  5. Siapa Bakal Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama?
  6. Dr. Ezani Juara MasterChef Malaysia Pertama
  7. VIDEO : Evo Polis Kejar Satria GTi
  8. Tonton Telekung Buat Mama dan Istimewa Maher Zain
  9. Search – Mentari Merah Di Ufuk Eropah

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

8 Respon Kepada Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3

  1. Aleeya Elisya berkata:

    Saya baru masok jerr ujibakat adik-adikku kat kelanatan kelmaren.mulanya amat gementar…mintak-mintak akan terpilih.kowang sume doakanlah eh

  2. sh berkata:

    dalam youtube ada x..
    sebb saya x sempat nak tengokk

  3. fiezaradzi berkata:

    tgk gak citer ni.. seronok tgk dorang bercakap2.. macam2 gaya ada.. best2..

  4. auc dot com berkata:

    hahaha ada jugak entri ni
    betul dh tu keyword budak2 ramai cari esok ni heheheh

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>