Utama » Tutorial Untuk Blogspot » Membina Halaman Peminat di Google Plus

Membina Halaman Peminat di Google Plus

bina halaman peminat di google plusBaiklah, JT nak tunjukkan cara-cara membina Halaman Peminat atau Fan Pages sebagaimana Facebook tawarkan kepada penggunanya. Halaman Peminat di Google Plus ini memiliki banyak kelebihan tersendiri dimana kita dapat menyiarkan pendapat untuk dikongsi bersama “Kalangan” secara automatik, malah boleh juga digunakan untuk ping kiriman terbaru belog.  Jika anda belum daftar akaun Google Plus, boleh ikuti tutorial di sini.

  1. Buka halaman ini : https://plus.google.com/pages/create
  2. Halaman berikut akan dipaparkan, anda boleh memilih kategori Halaman Peminat yang mana berkenaan. Misalnya Other, dan isi maklumat yang diperlukan.
    cara buat halaman peminat google plus 1
  3. Kemudian anda perlu lengkapkan maklumat untuk Profil Halaman Peminat tersebut seperti Tagline dan juga gambar Profil.
    cara buat halaman peminat google plus 2
  4. Setelah selesai anda bolehlah berkongsi Halaman Peminat yang baru dibina ini dengan “Kalangan” atau Circles anda. Jika belum ada Kalangan, anda bolehlah mengikuti rakan-rakan blogger yang sudah memiliki akaun Google Plus ini. Biasanya akan dipaparkan dengan simbol g+ di belog masing-masing.cara buat halaman peminat google plus 3
  5. Perhatikan bulatan Hijau yang JT tandakan. Itulah Halaman Peminat yang dibuat manakala di atasnya adalah Profil Utama Akaun Google Plus (Pemilik Halaman).
    cara buat halaman peminat google plus 4
  6. Inilah rupa Halaman Peminat yang siap. Masih kosong kerana belum ada maklumat yang dikongsi. Perhatikan ruangan Share  what’s new, di sinilah anda boleh kongsikan pendapat, maklumat, video, gambar dan pautan. (Menariknya g+ menyokong gambar animasi berformatkan .gif). Untuk meletakkan badge g+ di belog pula, klik bulatan bertanda Hijau : Get Started.
    cara buat halaman peminat google plus 5
  7. Seterusnya klik arahan Get The Badge.cara buat halaman peminat google plus 6
  8. Salin kod yang diberikan. Bahagian yang bertanda Hijau, perlu diletakkan di bahagian sebelum </head> dalam template atau theme belog anda. Manakala kod selebihnya, letakkan di mana-mana bahagian belog misalnya di Sidebar. Selamat mencuba ^__^
    cara buat halaman peminat google plus 7

p/s – Untuk penerangan lanjut bagaimana meletakkan Badge g+ ini di sidebar WordPress, sila baca penerangannya di sini.

Membina Halaman Peminat di Google Plus
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. Cara Memasang Butang Like Facebook di Blogspot
  2. Letak Skrip Countdown Acara Pada Blogspot
  3. Cara Menambah Fungsi Cetak Halaman dalam Blogspot
  4. Cara Kemaskini Status FB Terus Dari Google Plus
  5. Tukar Mantan ShoutMix Anda Kepada BusukBox
  6. Jadual Kod Warna Html Untuk Blogger
  7. Cara Pendekkan URL Profil Google Plus
  8. Paparkan Kiriman Terkini Bersama Imej dan Jumlah Komen
  9. Jom Timbang Berat Belog
  10. Cara Buang Pop Up Message Yang Mengganggu di Blogspot

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

Satu Respon Kepada Membina Halaman Peminat di Google Plus

  1. RIS-FAMILI berkata:

    Kat mana halaman peminat utk g+ bagi blog ni. Tak jumpa la. Utk fb fan page, aku dah jadi peminat.
    Blog aku pun dah buat g+ fan page. TQ for info.

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>