LIGA Malaysia
LIGA SUPER MALAYSIA 2012
Live Streaming LIGA MALAYSIA 2012 [LINK]
Astro Liga Super Malaysia 2012 (berikutan penajaan daripada Astro) merupakan edisi yang ke-9 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. 14 pasukan bertanding; sepuluh pasukan negeri, tiga pasukan kelab dan satu pasukan kebangsaan dari Singapura, dengan Kelantan FA sebagai penyandang juara Liga. Musim 2012 telah bermula pada 10 Januari 2012 dan akan berakhir pada 14 Julai 2012. Astro, sebuah syarikat penyiaran televisyen satelit Malaysia akan terus menjadi penaja utama Liga.
Sejumlah empat belas pasukan akan bertanding, termasuk sebelas pasukan dari musim 2011 dan dua pasukan dari Liga Perdana Malaysia 2011. Singapore LIONSXII dari Singapura juga akan turut serta pada musim 2012, menggantikan Harimau Muda A. Perlis FA dan Pahang FA telah diturunkan ke Liga Perdana Malaysia 2012 di penghujung musim 2011 selepas menamatkan musim di dua tempat terbawah liga. Juara Liga Perdana Malaysia 2011, PKNS FC dan Naib Juara, Sarawak FA naik ke Liga Super Malaysia 2012.
Berikutan perjanjian antara Persatuan Bola Sepak Singapura dan Persatuan Bola Sepak Malaysia, Singa Muda, dengan kebanyakan pemain dalam pasukan tersebut adalah pemain-pemain dari pasukan bawah 23 tahun kebangsaan Singapura, akan menggantikan Harimau Muda A, yang mewakili pasukan bola sepak bawah-23 kebangsaan Malaysia. Sementara Singa Muda akan bertanding di Liga Super Malaysia, Harimau Muda A akan mengambil tempat Singa Muda dalam S. League. Singa Muda kemudiannya diganti oleh pasukan baru, bernama Singapore LIONSXII yang akan menggantikan pasukan bawah-23 kebangsaan.
KEDUDUKAN PASUKAN LIGA SUPER MALAYSIA 2012 :
LIGA PREMIER MALAYSIA 2012
Live Streaming LIGA MALAYSIA 2012 [LINK]
Liga Premier Malaysia 2012 (juga dikenali sebagai Astro Liga Perdana Malaysia 2012 beikutan penajaan daripada Astro) merupakan edisi ke-9 dalam Liga Perdana Malaysia sejak penjenamaan semula format perlawanan. Liga ini merupakan liga Divisyen Kedua dalam Liga Malaysia. PKNS FC merupakan juara pada edisi lalu dan kini bermain dalam liga teratas di Liga Malaysia, Liga Super Malaysia.
Sejumlah 12 pasukan bakal berentap dalam liga musim ini, termasuk 8 pasukan dari Liga Perdana Malaysia 2011, dua pasukan yang dinaiktaraf dari Liga FAM Malaysia 2011 dan 2 pasukan yang diturunkan dari Liga Super Malaysia 2011. Pahang dan Perlis diturunkan dari Liga Super Malaysia 2011 selepas mengakhiri musim di dua tempat tercorot dalam liga. Juara Liga FAM Malaysia 2011, Betaria FC dan naib juara, MBJB FC mendapat slot automatik ke Liga Perdana Malaysia.
KEDUDUKAN PASUKAN LIGA PREMIER MALAYSIA 2012 :
Sumber : Wikipedia MS
















