Utama » Pelbagai » Monolog Seorang Aku » Lelaki Kacak Suka Melepak?

Lelaki Kacak Suka Melepak?

Lelaki Kacak Suka Melepak

Salam 1 Malaysia,

Lelaki kacak suka melepak ka? Hahaha.. Apa khabar hari ni? Gua harap lu orang sihat disamping keluarga tersayang.. Gua tau hari ni sudah hujung minggu. Ramai yang bercuti. Boleh la lu orang bersenda gurau sama wanita bergelar isteri. Yang belum kahwin, jangan gedik-gedik cari pasal.. lu mau jadi Amerika ka apa?

Gua paham, ramai lelaki memang suka melepak. Sama ada dia sudah pening sama beban kerja hari-hari atau pun saja suka-suka. Kalau mau lepas tension, gua rasa itu biasa. Tapi kalau hari-hari (malam-malam) keluar apa cerita? Ada motif ka? Kalau keluar pergi masjid solat berjemaah, al-hamdulillah.. itu lain cerita :)

Gua bukan apa, takut ada lepak-lepak kemudian terjebak buat maksiat secara berjemaah. Nauzubillah! Gua tau, lu orang bukan itu macam. Semua baik-baik, insya-Allah. Gua cuma tulis sebagai ingatan buat gua dan sesiapa saja lelaki yang sudi baca. Tak kisah la lu orang lelaki kacak atau tak kacak.

Kalau lu orang sudah kahwin atau bujang ka, tak salah kalau lu orang sekali-sekala buat aktiviti luar rumah. Yang penting lu orang pandai rancang masa. Buat aktiviti berfaedah.. Kalau lu orang sudah ada rumah dan tangga, lu orang perlu bijak bahagi masa dengan adil dan saksama. Lu orang sebagai ketua keluarga, lu orang harus lebihkan masa bersama keluarga, barulah lu orang boleh jadi suami dan bapak yang mithali. Ingat, “Rumahmu syurgamu”.

Kalau lu orang mau keluar malam pun, janganlah balik lewat-lewat pagi. Kesian sama famili lu orang. Kalau ya pun lu orang bosan, tiada aktiviti di rumah, apa kata lu orang bawak sekali famili lu orang. Pergi makan-makan ka.. Pergi main bowling ka? Bawak diorang sekali join aktiviti lu orang. Barulah diorang rasa tak disisihkan oleh lu orang.  Kalau sebelum kahwin lu orang boleh berjanji, bersumpah setia bagai, lautan api sanggup direnangi, kenapa selepas kahwin habis madu sepah dibuang?

Kalau lu orang perlu keluar secara privasi. Lu orang bawak-bawak la bincang sama famili lu orang elok-elok. Jangan pulak ayat berbunga-bunga dengan madah berhelah. Lu orang terus-terang apa mau buat. Tak kisahlah lu orang lu orang mau drift kereta ka, layan futsal ka.. ada meeting sama client ka.. cerita elok-elok sama orang rumah. Lu orang jangan bikin ego, perlu ada tolak ansur, baru tambah itu cinta dalam hati. Hari-hari tambah sayang.. dalam air ku terpandang wajahmu. Chewaahhh :P

Utamakan dulu keluarga dari orang lain. Itu yang gua rasa paling penting. Lu orang sediakan semua cukup-cukup, perhatian dan kasih sayang 100% padu. Insya-Allah, lu orang memang seorang lelaki kacak yang bertanggungjawab. Lu orang boleh set aktiviti menarik di rumah. Ajak la orang rumah lu orang main dam ular ka, tolong beliau memasak ka? Kan best? Tak pun lu orang boleh ajak beliau join cabaran seo lelaki kacak ka… Ping dan menang duit ka.. Ha, kan lebih berfaedah tu?

JT-Perkahwinan memerlukan kesucian bukan saja daripada aspek fizikal tetapi juga emosi, hati dan minda. Kasih dan sayang harus ditunjangi dengan asas dan teras yang kukuh agar perjalanan cerita cinta itu akan tetap berada di landasan yang betul. Pengurusan masa yang berkualiti bersama keluarga adalah perlu. Lepak adalah subjektif bagi setiap orang, namun kurang-kurangkanlah aktiviti tidak berfaedah tu..

Sumber : Majalah Metro

Lelaki Kacak Suka Melepak?
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    cerita lelaki suka lelaki,lelaki suka lelaki,lelakisukalelaki/chatting

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. Earth Hour 2012
  2. Lelaki Kacak Dalam Ubuntu Intrepid
  3. Buat Sahabat AUC Dot Com
  4. Oh! Aku Berbicara Dari Jalur Lebar
  5. Angry Birds Space Melastik ke Bintang

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

17 Respon Kepada Lelaki Kacak Suka Melepak?

  1. faizfakhirin berkata:

    Lepak tu sebenar diaorang bincang masalah negara yang tidak dapat diselesaikan..hahahaa

Halaman 3 daripada 3 1 2 3

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>