Kisah Jutawan Segera Pencipta Instagram

Setelah Instagram dibeli oleh Facebook dengan nilai 1 billion USD, dua orang pencipta Instagram secara automatik menjadi jutawan baru. Mereka ialah Kevin Systrom dan Mike Krieger. Haha! Memang kacak lah diorang ni kan. Dipetik dari laporan Daily Mail, Systrom dikhabarkan memiliki 40 peratus saham Instagram sehingga ia berhak ke atas 400 juta USD. Sementara itu, Krieger yang memiliki 10 peratus saham pula memperoleh 100 juta USD. Wow! Memang menarik kan? Bahagian selebihnya dimiliki oleh dua perusahaan yang melabur di dalam Instagram, iaitu Benchmark Capital dan Baseline Ventures.
Walaupun kedua-dua mereka membangunkan Instagram bersama-sama, Systrom dilihat sebagai ‘mastermind’ di sebalik kejayaan aplikasi penyuntingan dan perkongsian gambar tersebut. Sejak masih belajar, Systrom sudah jatuh cinta dengan dunia fotografi. Disebabkan cintanya yang kuat pada bidang fotografi, pencipta sekaligus CEO Facebook Mark Zuckerberg sempat mengajaknya bergabung di Facebook pada tahun 2004 untuk mengembangkan ciri gambar pada Facebook.
Namun, Systrom menolak tawaran itu kerana ingin menghabiskan dulu pelajarannya dan tak nak bernasib sama seperti Zuckerberg yang berhenti separuh jalan dari Harvard University ketika membangunkan Facebook. Selepas lulus, Systrom bekerja di Google dan menguruskan Google Mail. Kemudian beliau membangunkan projek start-up yang mencetuskan kehadiran Burbn, sebuah aplikasi berasaskan lokasi khusus untuk Twitter. Pencipta Twitter, Jack Dorsey turut tertarik dengan Burbn sehingga ia melaburkan wangnya dalam projek tersebut.
Kevin Systrom dan rakanya Mike Krieger adalah alumni Stanford University, California namun mereka tidak pernah berjumpa ketika di kampus. Mereka hanya saling mengenali setelah lulus pengajian dalam program Fellows Mayfield, sebuah program dari Stanford yang mengajarkan pelajar lepasannya untuk berniaga. Kedua-dua mereka kemudian berbincang dan bertukar idea. Akhirnya pada Oktober 2010, mereka sepakat membangunkan aplikasi penyuntingan dan perkongsian gambar, yang diberi nama Instagram.
Pada 6 Oktober 2010 menjadi saat penting kerana Instagram secara rasmi telah dilepaskan kepada umum di Apple App Store. Sejak dari itu hingga 18 bulan ke depannya, Instagram menjadi aplikasi eksklusif untuk peranti berasaskan iOS iaitu iPhone, iPad, dan iPod Touch.
Pada awal 2011, Instagram telah memperoleh dana pelaburan daripada Benchmark Capital sebanyak 7 juta USD, yang meningkatkan nilai perusahaan mereka menjadi 25 juta USD. Seterusnya, Instagram menerima pelaburan daripada Baseline Ventures sebanyak 500,000 USD. Pada 3 April 2012, Instagram secara rasmi dilepaskan untuk platform Android. Tak sampaipun seminggu, projek ini akhirnya diambilalih oleh raksasa jejaring sosial, Facebook. Nilai pengambilalihannya mencecah 1 billion USD.
Walaupun tidak membawa pulangan lumayan dalam tempoh singkat, Instagram mula menjadi kegilaan segelintir individu yang obses terhadap teknologi perkongsian gambar pada hari ini. Instagram membolehkan orang ramai berkongsi gambar yang diambil menggunakan peranti mudah alih. Aplikasi itu mempunyai filter yang boleh menjadikan gambar kelihatan seperti diambil pada 1970 atau menggunakan kamera Polaroid. Dalam beberapa tahun lagi, Instagram dijangka mampu menarik 30 juta pengguna.
Sumber Ubahsuai Dari : dailymail.co.uk dan mStar Online
JT-Fuh, tak semena-mena jadi jutawan segera
Contoh lelaki kacak yang pandai buat duit..
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
- kisah jutawan,jutawan android,jutawan segera,jutawan tak lulus university,pencipta instagram
Kiriman Yang Berkaitan :
- Nyawa Windows XP Masih Panjang
- New iPad Mula Dipasarkan di Malaysia 20 April 2012
- Windows 8 Beta dan Logo Baru
- Motorola ATRIX 2 Kini Di Malaysia
- Cara Menukar Dokumen dan Laman Web Kepada PDF
- Google + Bakal Berwajah Baru
- Tidak Sah Pertandingan Berdasarkan ‘LIKE’ di Facebook
- VIDEO : Trailer Rasmi The New iPad
- Ada Apa Dengan New iPad?
- Ubuntu 12.04 LTS “Precise Pangolin” Beta 1 Kini Sedia Diuji















sekarang byk ja yg main instagram ne
Hehehe.. Jena pun sama lah tu