Utama » Live Streaming Tv » Sukan dan Rekreasi » Kelantan FA vs Arema Indonesia 4 April 2012

Kelantan FA vs Arema Indonesia 4 April 2012

Kelantan FA vs Arema Indonesia 4 April 2012

Salam Sukan 1 Malaysia,

Kelantan FA vs Arema Indonesia hari ini tanggal 04.04.2012 – Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada Arema dalam perlawanan kumpulan ketiga Piala AFC di Stadium Sultan Mohammad IV malam ini.

Mengungguli takhta Liga Super Malaysia, Kelantan tidak sabar-sabar untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang mereka selepas menewaskan Felda United 5-1 pada hari Sabtu lalu dan akan berusaha gigih untuk mengalahkan pasukan Liga Indonesia, Arema. Arema sedang mencari kemenangan pertama mereka dalam pertandingan ini selepas mencatatkan keputusan seri dengan Ayeyawadi United dan kekalahan terhadap Navibank Saigon.

The Red Warriors mungkin akan menghadapi Arema tanpa penyerang sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha, yang kini sedang cedera. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin tersebar bahawa Norshahrul akan kembali untuk perlawanan ini. Walau bagaimanapun,  Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sepatutnya tidak mempunyai masalah mengisi posisi penyerang dengan pemain yang lain seperti Norfarhan dan Nwoha Onyekachi. Sebagai sokongan, Indraputra Mahyudin dan S. Chanturu boleh disenaraikan untuk bermain bersama-sama mereka.

Tanpa Khairul Fahmi Che Mat, yang kini sedang cedera, Mohd Shahrizan Ismail dijangka mengisi posisi penjaga gawang. Shahrizan telah membuktikan keupayaannya, hanya dibolosi dua gol dalam lima perlawanan terakhir. Obinna Nwaneri dan S. Subramaniam dijangka untuk menerajui bahagian pertahanan Kelantan malam ini.

Arema Indonesia hanya mencatat satu kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Permainan kali ini menjadi penting bagi pasukan untuk membuktikan potensi sebenar mereka dan mengutip mata berharga. Ketua Jurulatih Arema, Antonic Dejan telah menggesa pasukannya membawa pulang 3 mata untuk membuka kemungkinan mereka layak ke pusingan kedua.

Sementara itu, pada malam ini juga akan berlangsung satu lagi perlawanan Terengganu FA vs Tampines Rovers FC di Stadium Jalan Besar pada jam 7.30 malam. Terengganu sememangnya tidak asing lagi dengan keadaan padang tiruan di Stadium Jalan Besar, kerana mereka telah bermain di tempat yang sama minggu lepas dengan LionsXll Singapura dalam saingan suku akhir Piala FA Malaysia, di mana mereka telah menghalang kemaraan tuan rumah dengan keputusan 0-0. Mereka juga telah menewaskan LionsXII 1-0 di venue yanga sama dalam saingan liga.

Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan AFC Cup 2012  Terengganu vs Tampines Rovers FC dan Kelantan vs  Arema Indonesia :

MasaPasukanSkorPasukanSkor
7:30:PMTerengganu1Tampines Rovers FC0
8:45:PMKelantan3Arema Indonesia0
Kelantan FA vs Arema Indonesia 4 April 2012
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    keputusan afc cup 2012,piala afc 2012,streaming tv malaysia

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. Keputusan Kelayakan Olimpik 2012 – Malaysia vs Bahrain
  2. Keputusan Liga Super 2 Mac – 4 Mac 2012
  3. Jadual & Keputusan Liga Super Malaysia Bulan April 2012
  4. Siaran Langsung Liga Super 17 Mac 2012
  5. Selangor vs Lions XII Liga Super 20 Mac 2012
  6. Siaran Langsung Separuh Akhir All England 10 Mac 2012
  7. 10.01.12 Selangor vs Negeri Sembilan : Liga Super 2012
  8. 20.01.12 Siaran Langsung Kedah vs Kelantan : Liga Super 2012
  9. Live Streaming Malaysia vs Syria 14 March 2012
  10. Keputusan Liga Super 17 Januari 2012

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

3 Respon Kepada Kelantan FA vs Arema Indonesia 4 April 2012

  1. Old Trafford berkata:

    Wow..Kelantan tak sabar2..
    Mesti merah Stadium malam ni dengan jersi Red Warrior..

  2. auc dot com berkata:

    kelate gomo-gomo
    ganu nelang-nelang

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>