Jual Beli Dengan Mudah di Diskaun.My
Pernah dengar Diskaun.my? Oh ya Diskaun.my merupakan sebuah laman jual-beli terbaru di atas talian. Konsep seperti mudah.my, groupon dan mydeal, namun bagi JT Diskaun.my memiliki kelebihan yang tersendiri. Dari segi paparan antaramuka Diskaun.my ini, memang bersih dan mudah untuk digunakan. Susun atur dengan menu lokasi di sebelah kiri, barisan produk di bahagian tengah dan kategori di bahagian kanan. Menu carian di bahagian atas memang amat membantu pengguna. Load halaman jugak pantas dan tidak membebankan.

Bagi yang ingin memasarkan produk di Diskaun.my, mereka menawarkan anda pengiklanan secara percuma sahaja. Anda juga boleh menambah halaman maklumat sendiri dengan bebas. Bukan itu sahaja, Diskaun.my juga bakal memperkenalkan Diskaun Store selepas ini dengan pilihan subdomain sendiri. Klik sini untuk melihat Demo Diskaun Store dan sini untuk melihat laman utama Diskaun.my.
3 Langkah Mudah Beriklan di Diskaun.my
- Buka halaman http://diskaun.my. Pilih menu Insert Ad (FREE!) dan isi semua butiran dengan lengkap
- Pada langkah ke-2, anda akan dibawa ke halaman pra-lihat maklumat yang telah diberikan.

- Pada langkah ke-3 satu emel pengesahan akan dihantar dan anda perlu klik link yang diberikan untuk pengaktifan. Setelah berjaya, pihak Diskaun.my akan meneliti dahulu iklan anda sebelum disiarkan.

- Selamat berjual beli di Diskaun.my

p/s – Semoga Diskaun.my akan menambah lebih banyak ciri-ciri menarik selepas ini. Sokong produk Buatan Malaysia, JOM!
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
- ciri-ciri jual beli atas talian,jual beli online malaysia
Kiriman Yang Berkaitan :
- Ciri Baru Chrome : Apa Itu Fungsi “Sign In To Chrome”?
- Tiba-Tiba Fibox Ada Lagu Mexico, Shoutbox Busuk Down
- Team Denaihati Melepaskan Plugin Waktu Solat Countdown 2.0
- 5 Perkhidmatan Anda Boleh Jual Kepada Perniagaan Offline
- Google Chrome Digodam Vupen Dalam Pertandingan Pwn2Own
- Jom Ping Artikel Anda di Blogr.my
- Tutorial Ping Artikel di Kartikel.com
- Bandingkan Perbezaan 2 Fail Aturcara Dengan Notepad++
- Top 5 Radio Online Malaysia















Salam pada editor, terima kasih atas review anda untuk http://www.diskaun.my, kami mengalu-alukan blogger2 untuk menghebahkan perkara ini memandangkan kami masih baru dalam area marketplace dan ingin terus membantu peniaga2. Untuk makluman semua, untuk meletakkan iklan adalah PERCUMA, nak edit, nak delete, nak BUMP semuanya percuma… apa yang kami perlukan hanyalah sokongan padu daripada peniaga2 dan pembeli agar terus mempercayai kami. Terima kasih sekali lagi kepada anda semua. Malaysia Boleh!!!