Utama » Pelbagai » Hal Ehwal Semasa » Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami

Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami

Gempa Bumi di Sumatera 11 April 2012

11 April 2012 – Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Banda Aceh, Indonesia dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi. Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.

Gegaran kira-kira pukul 4.50 petang turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak. Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit. Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flat 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit. Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. Begitu juga gegaran turut dirasai penduduk di Kulim dan Yan, Kedah.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Medan, Indonesia akan membuka bilik gerakan kecemasan dan telah mengeluarkan arahan prosedur standard operasi (SOP) Bencana kepada setiap pelajar di sana, kata Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Ludinata Misnun.

Arahan SOP dipraktikkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam menghadapi gempa bumi dan ancaman tsunami. Air di kawasan berdekatan sudah mula memenuhi longkang sekitar jam 5.15 petang (waktu Medan). Namun, keadaan masih terkawal tetapi pihak Kedutaan Malaysia mengarahkan pelajar ke kawasan tinggi. Terdapat seramai 206 pelajar Malaysia di Acheh, 139 pelajar di Medan dan 1,535 pelajar di Medan.

Sementera itu, arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini. Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang. Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (5.53 petang waktu Malaysia).

Tsunami Travel Times 11 April 2012

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta. Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup sementara. Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Dis 2004.

- myMetro

UPDATE : Jabatan Meteorologi Malaysia telah menarik balik amaran tsunami di Malaysia pada pukul 10.00 tadi. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia juga telah menarik balik amaran tsunami di Aceh pada pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia). Begitu juga amaran tsunami di Thailand dan India. Alhamdulillah!

Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    hal ehwal semasa malaysia 2012,tsunami aceh 2004 jmm amaran tsunami

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. Hotel 30 Tingkat Dibina Hanya 15 Hari
  2. Sempena Pertabalan Agong 11 April 2012 Adalah Cuti Umum
  3. Cara Untuk Daftar Pemilih Pilihan Raya Malaysia
  4. Selamat Bercuti Rakyat Malaysia!
  5. Pameran Raja Kita April-Jun 2012
  6. Proton Tuah P3-21A Dilancar 16 Mac 2012
  7. Ke Mana Legasi Jawi Kita?
  8. Tahukah Anda Maksud “Wall” Facebook Yang Sebenarnya?
  9. Struktur Baru MyKad Diperkenal Januari 2012
  10. Top 25 Blog Malaysia Paling Popular

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

2 Respon Kepada Gempa Bumi 8.7 di Aceh 11 April 2012 – Amaran Tsunami

  1. kulanz berkata:

    Risau juga tadi kejadian serupa tahun 2004 berulang..
    syukurlah amaran tsunami sudah ditarik balik

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>