Ciri Baru Chrome : Apa Itu Fungsi “Sign In To Chrome”?
Pelayar web Google Chrome sejak mula-mula diperkenalkan telah menarik perhatian banyak pihak atas kelebihan teknologi yang disediakan. Antara kehebatan Chrome kerana pelayarnya ringan dan pantas dalam melayari web. Selain itu banyak ciri-ciri menarik ditambah untuk kemudahan pengguna. Misalnya, Chrome akan memberitahu pengguna sekiranya perisian yang dimuat turun pengguna meragukan dan dikhuatiri mengandungi virus.
Kemaskini terbaru, Chrome telah memperkenalkan ciri “Sign In To Chrome” iaitu fungsi sync data melalui akaun Google. Apabila pengguna Log Masuk menggunakan akaun Google, setiap data dan aturan Chrome dalam komputer tersebut akan disimpan dalam akaun Google. Jadi apabila pengguna Log Masuk menggunakan akaun yang sama di komputer lain, secara automatik aturan dan data dari komputer sebelum ini akan berada di komputer tersebut.

Contoh situasi, jika komputer anda tiba-tiba mengalami kegagalan sistem atau hilang, aturan dan data yang disimpan dalam komputer tersebut seperti bookmark, apps, extensions, themes dan lain-lain boleh diselamatkan dengan hanya Log Masuk ke Chrome menggunakan akaun Google anda.
Log Masuk Chrome
Sebagai contoh lain, anda memiliki 2 buah komputer, satu di pejabat dan satu di rumah. Kedua-dua komputer menggunakan pelayar web yang sama iaitu Chrome. Oleh itu setiap perubahan aturan dan data yang dibuat oleh anda di komputer pejabat secara automatik komputer di rumah anda akan menerima perubahan yang serupa. Menurut Google, ciri yang diperkenalkan ini dilengkapi ciri keselamatan dimana setiap data yang tersuai akan di enkripsi menggunakan kunci kriptografi semasa peralihan data dilakukan antara komputer pengguna dengan server Google.
Jika anda berkongsi pelayar Chrome anda dengan orang lain, tambah mereka menjadi Pengguna Chrome agar masing-masing memiliki data dan aturan sendiri.
Menambah Pengguna Baru
Walau bagaimanapun, ada AMARAN buat anda! Anda dilarang membuat apa-apa aturan di komputer awam atau yang tidak boleh dipercayai kerana salinan data yang anda gunakan akan disimpan di dalam komputer tersebut, dan pengguna lain boleh mengaksesnya tanpa halangan. Oleh itu anda disaran memadam data anda dengan cara berikut :
- Klik ikon spanner
pada toolbar. - Pilih Options (Mac & Linux: Preferences).
- Klik Personal Stuff.
- Dalam bahagian “Users”, pilih pengguna yang anda ingin padam.
- Klik Delete. Atau anda boleh klik ikon X disebelah kanan profil pengguna.
- Kemudian klik Delete.

Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
- apa itu chrome,apa tu crome,ciri-ciri google chorm,fungsi spanner
Kiriman Yang Berkaitan :
- Bandingkan Perbezaan 2 Fail Aturcara Dengan Notepad++
- Tiba-Tiba Fibox Ada Lagu Mexico, Shoutbox Busuk Down
- Team Denaihati Melepaskan Plugin Waktu Solat Countdown 2.0
- Tutorial Ping Artikel di Kartikel.com
- Jual Beli Dengan Mudah di Diskaun.My
- Jom Ping Artikel Anda di Blogr.my
- 5 Perkhidmatan Anda Boleh Jual Kepada Perniagaan Offline
- Google Chrome Digodam Vupen Dalam Pertandingan Pwn2Own
- Top 5 Radio Online Malaysia















okey .. ada jugak napak sign in tu , tp tk sign in pun malas .. tapi dah tahu sebab apa kira okey lah ..
Bagus bagi mereka yang menggunakan banyak komputer
Tak perlu backup bookmark secara manual lagi.
x tahu la pulak hehehe
terus cuba jugak
Hehehe.. Mungkin ramai yang tak tahu atau belum sedar dah ada ciri ini pada Chrome.
Ni lah sy pening ni, hinggakan comment pun tak boleh sbb tak boleh sign in google..tambah button like FB kat entry tak boleh like..tunggu sehingga faham br guna Chrome huhu
Wahhh, macam serius je masalah tu. Bersabar lah yer
Apapun, setelah berubah angin dari FF, Chrome memang puas hati.