Category Archives: Tutorial Untuk Blackberry

Pelan Prepaid Internet Untuk BlackBerry

Pelan prepaid untuk BlackBerry Malaysia

Salam hujung minggu dari Jomtonton.net

Hari ini JT cuma nak kongsikan info ringkas berkenaan pelan Internet yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi untuk pengguna BlackBerry di Malaysia. Pelan ini dikenali sebagai BIS atau BlackBerry Internet Service. BIS wajib dilanggan jika anda ingin menggunakan kelebihan BlackBerry secara optimum. BIS ini ada pakej untuk pengguna Postpaid dan juga pakej untuk Prepaid. Hari ini JT cuma kongsikan pelan prepaid BIS dahulu.

Tips BlackBerry : Cara Mengatasi BlackBerry Yang Lembap

Salam 1 Malaysia,

Tips BlackBerry - Cara Mengatasi BlackBerry Yang Lembap

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah BlackBerry yang lembap ini. JT akan tunjukkan satu cara mudah iaitu mengosongkan “Event Log” pada BlackBerry. Event Log yang banyak atau penuh menjadi salah satu punca kerana ia menyimpan senarai sistem yang sedang digunakan dan memberi kesan terhadap memori BlackBerry itu sendiri. Oleh itu, perlu dijadikan rutin harian untuk membersihkan “Event Log” ini agar penggunaan BlackBery menjadi lebih optimum.

Tips BlackBerry : Cara Menukar Themes

Salam 1 Malaysia dari Jomtonton.net,

Untuk tips BlackBerry hari ini JT ingin menjawab persoalan yang ditanya oleh Saudara Adam dalam komen entri Cara Elak Kredit Prepaid Dipotong sebelum ini.

Cara Tukar Themes BlackBerry - Soalan Adam

Tips ini berguna bagi sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak menggunakan BB ini. Themes atau tema BlackBerry boleh dipasang secara OTA (Over The Air) melalui App World. Cuma layari App World, pilih mana-mana themes yang diminati dan secara automatik akan dipasang ke dalam BB. Selain App World anda juga boleh mendapatkan themes daripada laman sesawang berikut :