Category Archives: Monolog Seorang Aku

Oh! Aku Berbicara Dari Jalur Lebar

Salam 1 Malaysia,
Sekian lama belog ini menyepi tanpa sebarang entri, hari ini JT mengambil kesempatan melakarkan sepatah dua bicara.

Agak sibuk kebelakangan ini, tambahan pula dengan kekangan utama.. Tiada talian internet yang boleh diakses secara normal membuatkan JT memendamkan hasrat. Dengan LCD desktop yang sudah pun sampai ajalnya. Bertambah payah untuk terus aktif seperti selalu. Mujurlah ada BB ni, boleh lah berinteraksi dalam bicara kali ini.

Terima kasih buat sahabat baru dan juga lama yang masih sudi singgah di teratak JT ini dan sudi meninggalkan komen seadanya. Terharu sangat walaupun sedar belog ini ibarat sepi sekuntum mawar merah.. Hahaha

Baiklah, tak dapat nak berceloteh panjang. Maklumlah, menaip dari skrin mobile cukup comel rasanya :) . Oh ya! Masih belum terlewat rasanya untuk JT ucapkan tahniah buat pasukan TRW, juara Piala FA dan wakil tunggal Malaysia ke Piala AFC. Tahniah!

JT : Cuti sekolah dah datang. Apa perancangan kalian bersama keluarga?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Lelaki Kacak Suka Melepak?

Lelaki Kacak Suka Melepak

Salam 1 Malaysia,

Lelaki kacak suka melepak ka? Hahaha.. Apa khabar hari ni? Gua harap lu orang sihat disamping keluarga tersayang.. Gua tau hari ni sudah hujung minggu. Ramai yang bercuti. Boleh la lu orang bersenda gurau sama wanita bergelar isteri. Yang belum kahwin, jangan gedik-gedik cari pasal.. lu mau jadi Amerika ka apa?

Gua paham, ramai lelaki memang suka melepak. Sama ada dia sudah pening sama beban kerja hari-hari atau pun saja suka-suka. Kalau mau lepas tension, gua rasa itu biasa. Tapi kalau hari-hari (malam-malam) keluar apa cerita? Ada motif ka? Kalau keluar pergi masjid solat berjemaah, al-hamdulillah.. itu lain cerita :)

Earth Hour 2012

Earth Hour 2012 Malaysia

Salam 1 Malaysia,

Earth Hour 2012 | Entri ringkas dari aku. Malam ni tepat jam 8.30 malam jom ramai-rami kita tutup semua peralatan elektrik selama 60 minit termasuklah offline dari dunia maya ini.

Ini petikan daripada artikel WWF Earth Hour 2012 :

Kita hanya mempunyai satu planet. Anda boleh membantu melindunginya. Mengambil bahagian dalam kempen terbesar di dunia bagi planet kita iaitu : Earth Hour. Ianya bermula dengan memadamkan lampu anda selama satu jam pada jam 8:30 malam pada 31 Mac 2012 sebagai menunjukkan komitmen besar-besaran untuk masa depan yang lebih baik bagi planet ini. Berfikirlah apa yang boleh dicapai apabila kita semua bersatu untuk tujuan yang sama.