Category Archives: Info IT dan Gajet

New iPad Mula Dipasarkan di Malaysia 20 April 2012

The New iPad 2012

New iPad Mula Dipasarkan di Malaysia | Semalam 16 April 2012, pihak Apple secara rasmi mengumumkan  senarai negara-negara  yang akan memasarkan iPad generasi ketiga atau New iPad. Ini termasuklah negara kita Malaysia yang akan mula menjual iPad Baru ini bermula Jumaat, 20 April 2012.

Nyawa Windows XP Masih Panjang

Nyawa Windows XP Masih Panjang

Salam 1 Malaysia,

Nyawa Windows XP Masih Panjang? Maaflah kalau tajuk entri ni agak mengelirukan :)

Ceritanya begini. Sebenarnya pihak Microsoft memanjangkan semula tempoh sokongan kemaskini untuk Windows XP dan Office 2003 selama dua tahun ke hadapan. Walaubagaimanapun, sokongan yang disediakan kepada kedua-dua perisian paling ‘otai’ ini hanya sokongan terhad sahaja (Extended support).

Kisah Jutawan Segera Pencipta Instagram

Kisah Jutawan Segera Pencipta Instagram

Setelah Instagram dibeli oleh Facebook dengan nilai 1 billion USD, dua orang pencipta Instagram secara automatik menjadi jutawan baru. Mereka ialah Kevin Systrom dan Mike Krieger. Haha! Memang kacak lah diorang ni kan. Dipetik dari laporan Daily Mail, Systrom dikhabarkan memiliki 40 peratus saham Instagram sehingga ia berhak ke atas 400 juta USD. Sementara itu, Krieger yang memiliki 10 peratus saham pula memperoleh 100 juta USD. Wow! Memang menarik kan? Bahagian selebihnya dimiliki oleh dua perusahaan yang melabur di dalam Instagram, iaitu Benchmark Capital dan Baseline Ventures.