Category Archives: Hal Ehwal Semasa

Proton Prevé Secara Rasmi Dilancarkan

Pelancaran Proton Preve 16 April 2012

Alhamdulillah, selesai sudah debaran dengan rasminya pelancaran Proton Prevé sebentar tadi oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC), Seri Kembangan yang disiarkan secara langsung oleh RTM TV1. Kereta Nasional pertama negara yang dilengkapi ciri global bakal membawa Jalur Gemilang ke seluruh dunia.

Pameran Raja Kita April-Jun 2012

Pameran Raja Kita April-Jun 2012

Pameran Raja Kita sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang julung kalinya diadakan di Istana Negara lama kini sedang berlangsung bermula hari ini 16 April 2012 hingga 15 Jun 2012 nanti. Dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah Percuma. Dijangkakan seramai 200,000 pengunjung termasuk pelancong asing akan mengunjungi pameran, yang diadakan setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Siaran Langsung Pelancaran Proton Preve 16 April 2012

Pelancaran Proton Preve 16 April 2012

Proton Prevé (P3-21A) akhirnya sudah tiba di beberapa bilik pameran Proton Edar, dimana pelancaran rasmi Proton Prevé akan dilaksanakan pada 16 April 2012 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Proton Prevé bakal dijual dalam anggaran harga RM65,000 – RM75,000 bergantung pada  spesifikasi model.