Category Archives: Rancangan TV

Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3

Final Adik-Adikku Musim ke 3 2012

18 Mac 2012 – Sebentar tadi telah berlangsung Pentas Akhir Adik-Adikku di Dewan Plenary PICC, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV1 bermula jam 9.00 malam. Tahniah diucapkan kepada da’ie cilik adik Nurussyahamah Taqiah Juara Adik-Adikku Musim ke 3 daripada Terengganu dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, hadiah iringan, trofi dan sijil. Keputusan yang membanggakan.

Shiro Juara Raja Lawak Musim Keenam

Tahniah buat kumpulan Shiro Juara Raja Lawak Musim Keenam. Setelah 10 minggu dalam pertarungan Gelanggang Raja Lawak, akhirnya juara menjadi milik Shahrol dan Ajak. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta hadiah iringan. Tempat kedua dimenangi kumpulan Zer0 (RM50,000), Ketiga – Cuit (RM30,000) dan Keempat – 2Yol (RM10,000).

Gelanggang Akhir Raja Lawak Musim Keenam telah berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. Kesemua peserta telah diberi  dua tugasan berkonsepkan komedi muzikal dan juga bebas. Tahniah buat semua pemenang!

Tonton Telekung Buat Mama dan Istimewa Maher Zain

Istimewa Maher Zain di TV3

Sempena sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433H kali ini, pihak TV3 telah menyediakan banyak program-program yang menarik untuk santapan minda. Antara yang JT tak boleh lupa drama Al-Ikhlas Sabtu lalu. Memang menyentuh hati. Begitu juga drama Runtuhnya Sebuah Dosa lakonan mantap Datuk Rahim Razali.

Petang nanti pula akan disiarkan program Diet Rasulullah pada jam 6 petang yang akan menyampaikan secebis maklumat kepada penonton mengenai amalan pemakanan Baginda Rasulullah S.A.W. Ia akan disampaikan secara santai oleh Ustaz Nor Hisham Al-Idrus dan sahabatnya, Cikgu Suhaimi Mamat kepada tiga anak-anak yang sedang meningkat remaja.