Category Archives: Rancangan TV

Siaran Langsung Istiadat Pertabalan Agong 11 April 2012

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong 11 April 2012

Siaran Langsung Istiadat Pertabalan Agong 11 April 2012,

Esok Rabu, 11 April 2012 akan berlangsung Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Istana Negara, Jalan Duta. Seramai 780 tetamu dijangka hadir termasuklah Sultan Brunai, Sultan Hassanal Bolkiah  yang diwakili oleh anakanda baginda.

Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Balairong Seri Istana Negara. Balairong Seri Istana Negara mula digunakan untuk Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh. Sebelum itu, Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disempurnakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

MasterChef Selebriti Malaysia

MasterChef Selebriti Malaysia 2012

MasterChef Selebriti Malaysia | Selepas kejayaan program MasterChef Malaysia, Astro kini merancang penerbitan rancangan berkonsep serupa, tetapi menampilkan peserta terdiri daripada wajah popular negara ini dikenali sebagai MasterChef Selebriti.  MasterChef Selebriti Malaysia merupakan kesinambungan daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.

Search – Mentari Merah Di Ufuk Eropah

Konsert Search Mentari Merah di Ufuk Eropah 23 Mac 2012

Search – Mentari Merah Di Ufuk Eropah merupakan sebuah dokumentari Konsert Kumpulan rock tersohor Malaysia, kumpulan SEARCH yang ditunjangi oleh Amy, Nasir, Yazid, Kid dan Din, akan diulang siar di Astro Prima pada 23 Mac 2012 jam 10 malam.

Mentari Merah di Ufuk Eropah adalah bingkisan kisah perjalanan atau kembara seni yang dilalui oleh Search di Eropah. Jelajah ini merupakan sebuah dokumentari siri konsert Search yang pertama seumpamanya yang telah diadakan di Dublin pada 16 Feb 2010.