Utama » Pelbagai » Hal Ehwal Semasa » Cara Untuk Daftar Pemilih Pilihan Raya Malaysia

Cara Untuk Daftar Pemilih Pilihan Raya Malaysia

Cara Daftar Pemilih Pilihan Raya MalaysiaSalam 1 Malaysia dari Jomtonton.net,

Berikut JT kongsikan cara untuk daftar pemilih yang dipetik dari laman sesawang spr.gov.my :) Harap dapat memberi manfaat buat anda yang sedang mencari-cari info ini  :

Untuk Pemilih Biasa

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

  1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
  2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Untuk Pengundi Tidak Hadir

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  • Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  • Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  1. Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
  2. Serahkan MyKad anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  4. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  5. Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut :

  1. Seorang warganegara Malaysia;
  2. Telah mencapai umur 21 tahun;
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Pusat-Pusat Pendaftaran Pemilih

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
http://www.pos.com.my/WebsiteBM/MAIN2.ASP?c=/V1/Ournetworks/map.htm

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

(f) Senarai Penolong Pendaftar

Cara Untuk Daftar Pemilih Pilihan Raya Malaysia
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    spr gov my,cara daftar mengundi,info spr gov my

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. Selamat Tahun Baru 2012
  2. Ke Mana Legasi Jawi Kita?
  3. Gala Night : Royal Belum World Drum Festival 2012
  4. Hari Ini Adalah Hari SOPA, Apa Itu SOPA?
  5. Produk Pelangsing Acai Beri Tidak Selamat Digunakan
  6. Siaran Langsung Pelancaran Proton Preve 16 April 2012
  7. Struktur Baru MyKad Diperkenal Januari 2012
  8. Selamat Hari Wanita daripada Jomtonton.net
  9. Proton Tuah P3-21A Dilancar 16 Mac 2012
  10. Hotel 30 Tingkat Dibina Hanya 15 Hari

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

4 Respon Kepada Cara Untuk Daftar Pemilih Pilihan Raya Malaysia

  1. OrangAkaun berkata:

    aku dah daftar kat pejabat pos dulu. lama jugak la nak tunggu masuk sistem. berapa bulan tah

    • JT berkata:

      Depa makan angin dulu kot.. hahaha :) SPR patut kemaskini data agar lebih tepat dan cepat. Nanti ada isu macam sekarang, 200k pengundi yang mencurigakan. Entah-entah ada ramai lagi..

  2. auc dot com berkata:

    sape yg belum daftar tu daftar lah
    sape belum semak tu semak lah semula
    sebb MIMOS mengeluarkan kenyataan didapati 200,000 pengundi mencurigakan di dalam daftar pemilih
    pelik jugak nape jadi gini
    hantu kot :)

    • JT berkata:

      Hahah.. ramainya hantu :) Jadi eloklah semak semula mana-mana yang dah daftar. Yang belum tu, maklumat dah ada, jadi segerakanlah :)

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>