Cara Pendekkan URL Profil Google Plus
Google Plus memang menarik untuk digunakan. Membentuk komuniti sosial dengan g+ merupakan suatu pengalaman baru yang menyeronokkan. Tidak salah kalau mencuba, jika selama ini sudah terbiasa menggunakan Fb, cuba bertukar angin pula kepada g+. Apatah lagi khidmat yang ditawarkan g+ percuma sahaja. Walaubagaimanapun, alamat URL Profil nya yang panjang menyukarkan kita berkongsi dengan rakan-rakan.
Tidak seperti Twitter yang mempunyai kemudahan meringkaskan URL nya sendiri. Namun, usah risau kerana ada beberapa cara alternatif untuk memudahkan kita meringkaskan URL g+. Selepas ini berkongsi URL g+ akan lebih mudah untuk dingati dan dikenali, misalnya daripada URL https://plus.google.com/ 103290855594866775853/posts menjadi http://gplus.to/UsernameAnda. Menarik kan?
Sebelum kita mulakan, anda perlu kenalpasti terlebih dahulu ID Google Plus anda. Misalnya untuk contoh ini, JT menggunakan ID Halaman Peminat JOMTonton. Oh ya, jika masih belum ada akaun g+, boleh rujuk artikel ini.

Menggunakan Google Plus Nick
- Buka halaman http://gplus.to/
- Salin ID g+, tampalkan pada ruangan Your Google+ ID
- Isikan nama pada ruangan Nick Name
- Klik Add dan hasilnya akan dapat seperti ini, gplus.to/Jomtonton

Menggunakan Google Plus ID
- Buka halaman http://gplusid.com/
- Sama seperti gplus.to, salin ID g+ dan tampalkan pada ruangan Your Google+ ID
- Isikan nama pada ruangan Choose your Nick Name
- Klik Create, selesai.

Menggunakan Plus.ly
- Buka halaman http://plus.ly/
- Tampal ID g+ pada ruangan kedua
- Isikan nama pada ruangan pertama selepas plus.ly/
- Klik Claim My Username
- Hasilnya, JT mendapat http://plus.ly/jomtonton

Selamat mencuba dan mengaplikasikannya
Jangan lupa tambah JT di Kalangan anda
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
Kiriman Yang Berkaitan :
- Cara Menambah Fungsi Cetak Halaman dalam Blogspot
- Letak Skrip Countdown Acara Pada Blogspot
- Cara Buang Pop Up Message Yang Mengganggu di Blogspot
- Tukar Mantan ShoutMix Anda Kepada BusukBox
- Jadual Kod Warna Html Untuk Blogger
- Paparkan Kiriman Terkini Bersama Imej dan Jumlah Komen
- Cara Kemaskini Status FB Terus Dari Google Plus
- Cara Memasang Butang Like Facebook di Blogspot
- Cara Daftar Akaun Google Plus
- Membina Halaman Peminat di Google Plus















Nak guna goo.gl pun leh gak tapi tak keluar la perkataan google atau plus sbb automatik dan tek leh pilih.