Cara Mudah Install WordPress di Localhost

Salam Jumaat buat semua ![]()
Fuh penat otak bila mengajar kursus.. Boleh kurang oksigen bak kata lelaki kacak Titan. Macam-macam kerenah boleh jumpa. Ada peserta yang boleh tangkap apa diajar, ada pulak yang nampak blur, dan yang lagi best ada yang buat-buat faham. Yang “terlebih faham” pun ramai jugak, hahaha.. sekali bila tanya soalan, terus tak dapat jawab
Almaklumlah, yang datang tu semua sebab nak penuhkan kursus tahunan masing-masing, bukan betul-betul nak belajar pun. Maaf cakap ye kalau ada yang terasa, tapi memang itu adalah realiti yang sebenarnya.
Tu cuma sikit je senario yang aku hadapi. Banyak lagi sebenarnya ragam-ragam yang boleh buatkan sesiapa saja lelaki kacak rasa sakit kepala. Malas aku nak cerita panjang-panjang. Kali ni aku cuma nak kongsikan satu perisian yang aku selalu guna masa ajar buat belog WordPress. Dulu aku selalu guna Apache2Triad untuk buat server localhost, kemudian install WordPess secara manual, sekarang tak lagi dah. Aku dah dapat cara paling mudah. Berbanding Xamp, aku lebih suka Apache2Triad lagi sebab pada aku lebih lengkap. CPanel dia pun dah macam CPanel hosting yang sebenar.
Ok, berkenaan dengan perisian tu yang aku maksudkan adalah Instant WordPress. Memang sungguh mudah sebab ia mudahalih (portable). Dalam Instant WordPress ni dah lengkap dengan WordPress dummy (Siap ada artikel contoh lagi), tak payah nak install database dengan Apache server bagai. Klik je install, dia akan ekstrak semua fail yang berkenaan dalam satu folder, klik InstantWP.exe.. Tadaaa! Dapatlah antaramuka seperti gambar berikut.
Contoh kalau anda nak uji theme yang baru di download, nak tengok macam mana rupa dia sebelum upload ke server, buka je menu Theme Folder tu, paste kan folder theme tadi dalam tu. Kalau anda login ke admin dari menu WordPress Admin, dia akan buka window baru dalam Internet Explorer. Tapi bagi aku memang tak kacak langsung IE ni jadi aku tunjukkan macam mana nak guna Instant WorPress ni kat Chrome (FireFox pun boleh) :
- Nampak tak kat Instant WordPress tu ada Local WordPress URL ? Ha salin alamat tu kemudian paste dalam address bar Chrome dan enter. Keluarlah belog wordpress kita tu. Ha, ini la rupa asal belog Jomtonton
Nampak tak Instant Word Press dah siap bagi artikel lagi.. memang kacak.

- Lepas tu, tambah wp-admin dihujung alamat tadi. Dia akan jadi macam ni http://127.0.0.1:4001/wordpress/wp-admin. Log masuk guna katalaluan ‘admin’ dan ‘password’. Dah masuk ke Papan Pemuka WP tu, apa lagi boleh lah godek-godek apa yang patutkan..

Kelebihan guna Instant WordPress ni bagi aku :
- Jimat masa. Bayangkan kalau nak kena pasang WordPress dalam sebuah kelas yang ada 40 buah komputer, dengan pantas je dah siap.
- Nak run guna pendrive pun tak da masalah, fail dia kecik je.. 54MB
- Dalam dia dah siap ada WordPress 3.2, Apache 2.2.15 (Win32), PHP 5.3.2, MySQL 5.1.46-community-nt dan artikel dummy. Semuanya instant, dah macam kopi segera 3 dalam 1 pulak kan..
- Nak test plugin ke, theme ke sampai lebam pun tak kan kacau dah bandwidth hosting anda tu.. hahaha, ni paling penting sekali

Jadi, minat nak cuba? Jom download Instant WordPress sekarang.
JT – Walaupun ambik masa nak buat penerangan macam ni tapi aku puas hati bila dapat kongsi sesuatu dengan orang lain. Adakah Memberi Informasi Secara Percuma Itu Teruk? Bagi aku tidak sama sekali ![]()
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5
Carian Masuk :
- cara login jom tonton
Kiriman Yang Berkaitan :
- Cara Kemaskini Status FB Terus Dari Google Plus
- Tutorial Top Komentar Versi Jomtonton
- Tukar Mantan ShoutMix Anda Kepada BusukBox
- Cara Mudah Semak Meta Deskripsi
- Jom Seminar WordPress di Akademi Denaihati
- Ubahsuai Mesej Ralat Pada Login WordPress
- Membina Halaman Peminat di Google Plus
- Jom Timbang Berat Belog
- Cara Daftar Akaun Google Plus
- Kaedah Meletakkan Badge Google Plus di Sidebar WordPress















wah JT admin maknanya x payah nak cari host2 la ye…install software ni automatic da ley tukar theme wordpress la yew