Utama » Tutorial Untuk ChurpChurp » Cara Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp

Cara Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp

ChurpChurp

If you love sharing with your friends on the latest happenings, trends and brands that you like and love, then Churp Churp is definitely for you! We are a community that rewards social media influencers like you for sharing messages on the latest updates, campaigns and events! As a member, you can also join the different contests & events that we have from time to time to mingle around with like-minded fellow Churpers! You will get email notifications regarding the latest updates and events from time to time! Awesome, yes?

Mungkin ramai yang dah tahu cara nak pasang ChurpChurp kan? Bagi yang belum tahu, JT akan tunjukkan cara bagaimana mendapatkan kod kempen ChurpChurp terutamanya url kempen dan imej kempen. 2 benda ni penting sekiranya anda ingin letakkan mana-mana kempen dari ChurpChurp secara manual di blog anda. Jika belum ada ChurpChurp, daftar dahulu DI SINI. (Boleh login guna Fb atau Twitter).

Setelah login ke ChurpChurp anda bolehlah memilih kempen mana yang ingin dikongsikan dan pilih Share This. Lihat gambar di bawah :

Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp 1

Kemudian anda akan dibawa ke halaman untuk kempen tersebut. Di sini anda bolehlah menyalin url imej dengan klik kanan pada gambar kempen. Copy dan simpan dahulu ke dalam Notepad atau Word. Anda akan mendapat url imej seperti ini – http://cdn.main.churpchurp.com/buzz/img/6441/8362.jpg. Rujuk gambar di bawah :

Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp 2

Seterusnya anda perlu menyalin url atau link kempen anda. Kalau tak ada link ini, macam mana nak kongsi dengan kawan-kawan kan? Baiklah, skroll ke bawah halaman kempen tersebut sehingga bertemu gambar seperti di bawah ini :

Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp 3

Copy link seperti ditunjukkan di atas. Simpan ke dalam Notepad atau Word anda dahulu. Anda akan mendapat Uniform Resource Locator (URL) kempen ChurpChurp seperti ini - http://www.churpchurp.com/khatgrafik/share/UMobileBBK Link inilah yang akan digunakan bersama-sama url imej yang disimpan tadi untuk tujuan promosi.

Ulangi langkah-langkah di atas untuk kempen yang lain.

Ok, sekarang bolehlah anda letakkan kempen-kempen tersebut misalnya di sidebar blog. Ada banyak cara untuk letakkan kempen ChurpChurp ini. Salah satu cara mudah dan pantas adalah menggunakan fungsi auto-publish seperti yang JT terangkan DI SINI. Mungkin lepas ini JT akan tunjukkan cara manual pulak. Jadi apa tunggu lagi, Jom ChurpChurp!

Cara Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    cara guna churpchurp

Kiriman Yang Berkaitan :

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

5 Respon Kepada Cara Dapatkan Kod Imej Kempen ChurpChurp

  1. RIS-FAMILI berkata:

    Aku letak kat FB dan twitter je sbb sblm ni tak tahu cara letak kat blog.

  2. Naziman berkata:

    kalau saya, saya save image tu sebab nak lajukan load time kan..hehe

  3. auc dot com berkata:

    leceh sikitlah kena buat manual satu2
    hendak seribu daya :)

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>