Utama » Pelbagai » Pembangunan Web » Bandingkan Perbezaan 2 Fail Aturcara Dengan Notepad++

Bandingkan Perbezaan 2 Fail Aturcara Dengan Notepad++

Salam 1 Malaysia, apa khabar?

notepad++Esok kita akan bercuti lagi sempena upacara Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Apa rancangan anda untuk esok? Mungkin ada yang ambil peluang pulang ke kampung kan? Mungkin ada yang merancang pergi berjalan-jalan atau berkelah? Walau apapun perancangan anda, JT ucapkan selamat bercuti. Oh ya, pastikan keselamatan anda dan keluarga anda sentiasa terjamin. Periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Dan berhati-hatilah ketika memandu :)

Baiklah, terus sahaja ke tajuk entri kita kali ini.  JT kerapkali menghadapi kesukaran untuk membuat perbandingan di antara fail kod sumber (source code) yang diubahsuai. Maklumkan, memori hanya boleh simpan sekejap. Kalau cpu tahap quad-core dengan ram bergig-gig, tiada masalah untuk mengingat.. hohoho (Apalah aku merepek ni!)

Tambahan pula, fail yang terlibat beribu-ribu baris, lagilah tepu untuk mencari balik perubahan yang dibuat. JT bukanlah pro dalam hal-hal macam ni. Jadi terpaksalah guna cara tak pro untuk selesaikan masalah problem yang melanda. Bukan tiada nota kaki, malah buku nota pun ada dicatat. Tapi masih lagi lambat (lembap) buat kerja. Hahaha, memang tak kacak langsung bab macam ni..

JT memang dari awal suka gunakan perisian Notepad++ untuk edit apa-apa fail kod. Sebab mudah dan ringan, serta yang paling penting ianya Percuma! Macam-macam boleh buat dengan Notepad++ ni. Bagi yang belum tahu, Notepad++ ni sama seperti Notepad asal dalam Windows, cuma yang ini lebih banyak fungsi dan ciri-ciri terkehadapan. Boleh digunakan untuk menyunting pelbagai fail aturcara misalnya html, php, C, Asp, Java, XML dan banyak lagilah. Memang betul-betul kacak!

Dan antara kelebihan Notepad++ yang membuatkan JT terus sayang bagaikan sayang kat awek, ialah kita boleh tambah plugin tertentu. Contohnya untuk membandingkan perbezaan fail yang telah diubahsuai, JT perlu install plugin Compare. Yang bestnya plugin Compare ni kita boleh kesan dengan pantas perubahan yang dah kita buat sebelum ini.  Caranya buka mana-mana fail yang ingin diuji, kemudian tekan kekunci Alt+D.


Bila 2 fail dibuka untuk perbandingan, akan tampil satu bar di sebelah kanan. Klik pada garisan melintang pada bar tersebut, Notepad++ akan membawa terus ke kod yang telah diubah atau ditambah. Warna hijau menunjukkan kod tersebut telah ditambah pada kod asal, atau jika berwarna hijau kekuningan menunjukkan kod tersebut telah diubah sebelum ini. Anda boleh ubah warna ini pada menu Plugins –> Compare –> Option.

Tapi bagaimana pula cara untuk install plugin ni? Mudah saja sebenarnya. Anda boleh pasang terus dari aplikasi Notepad++. Klik menu Plugins –> Plugin Manager –> Show Plugin Manager. Kemudian pilih Compare dari senarai yang dipaparkan. Ia akan dimuat turun dan dipasang secara automatik.. memang betul-betul kacak dan comel seperti Aya :)


Ok lah, cukuplah dahulu perkongsian JT untuk kali ini. Dah berapa hari tak meulis, rasa kekok pulak. :P Jika ada persoalan atau tambahan buah fikiran, bolehlah tinggalkan komen anda. Akhir bicara, selamat bercuti dan selamat beriadah bersama famili.. Adios!

JT-Bagi anda yang belum ada lagi perisian Notepad++ boleh muat turun di SINI.

Bandingkan Perbezaan 2 Fail Aturcara Dengan Notepad++
Disediakan oleh JT pada
Rating: 5

Carian Masuk :
    perbezaan antara perisian aturcara

Kiriman Yang Berkaitan :
  1. Jual Beli Dengan Mudah di Diskaun.My
  2. Jom Ping Artikel Anda di Blogr.my
  3. Tiba-Tiba Fibox Ada Lagu Mexico, Shoutbox Busuk Down
  4. Ciri Baru Chrome : Apa Itu Fungsi “Sign In To Chrome”?
  5. Tutorial Ping Artikel di Kartikel.com
  6. 5 Perkhidmatan Anda Boleh Jual Kepada Perniagaan Offline
  7. Google Chrome Digodam Vupen Dalam Pertandingan Pwn2Own
  8. Team Denaihati Melepaskan Plugin Waktu Solat Countdown 2.0
  9. Top 5 Radio Online Malaysia

Anda Suka Kiriman Ini? Jemputlah Kongsi ^^

Bookmark and Share

4 Respon Kepada Bandingkan Perbezaan 2 Fail Aturcara Dengan Notepad++

  1. anif berkata:

    Haha.. Pening kepala. Advance sangat ni :D Setakat HTML tu boleh la sikit-sikit..

  2. auc dot com berkata:

    tak berapa nak faham
    baca je lah hehehe
    nnti mlm kena rujuk tok guru ni hehehe

Tinggalkan Jawapan

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>