Author Archives:
Cara Mudah Install WordPress di Localhost
WordPress-di-Localhost.jpg" alt="Cara Mudah Install WordPress di Localhost" width="527" height="259" />
Salam Jumaat buat semua ![]()
Fuh penat otak bila mengajar kursus.. Boleh kurang oksigen bak kata lelaki kacak Titan. Macam-macam kerenah boleh jumpa. Ada peserta yang boleh tangkap apa diajar, ada pulak yang nampak blur, dan yang lagi best ada yang buat-buat faham. Yang “terlebih faham” pun ramai jugak, hahaha.. sekali bila tanya soalan, terus tak dapat jawab
Almaklumlah, yang datang tu semua sebab nak penuhkan kursus tahunan masing-masing, bukan betul-betul nak belajar pun. Maaf cakap ye kalau ada yang terasa, tapi memang itu adalah realiti yang sebenarnya.
Keputusan Liga Super 30 Mac – 31 Mac 2012

Salam Sukan 1 Malaysia dari Jomtonton.net,
Hari ini 30 Mac 2012 - Perlawanan Liga Super sudahpun masuk minggu ke-11 selepas berehat bagi memberi laluan kepada saingan suku akhir Piala FA 2012 dimana 2 perlawanan akan berlangsung malam ini iaitu Kedah vs Perak dan Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur. Manakala pada esok malam 31 Mac 2012 akan berlangsung pertemuan Kelantan vs Felda United, Terengganu vs Johor FC, T-Team vs Lions XII, Sabah vs Selangor, dan Sarawak vs PKNS.
Sementara itu dalam saingan Liga Perdana 2012, dua pemain import Angkatan Tentera (ATM) berazam memberikan sepenuh tenaga untuk membantu pasukan mereka ke Liga Super musim 2013.
Marlon Alex James, 35 dari St Vincent dan Bruno Sebastian Martelotto, 29 dari Argentina bukan asing dalam bola Liga M. James pernah bermain untuk Kedah dan membantu pasukan itu muncul juara Piala Malaysia pada 2007 dan Martelotto pula mewakili Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kelab pertama bergelar juara pada 2003. Kedua-duanya berkata, pengalaman itu akan digunakan untuk membantu ATM muncul juara dan sekali gus layak ke Liga Super.
Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Super untuk minggu ini :
Top 5 Radio Online Malaysia

Top 5 Radio Online Malaysia pernah JT letakkan di blog lama. Setelah berpindah ke rumah baru, hari ini JT ambil keputusan meletakkannya di belog ini. Ada lima saluran radio online iaitu THR Gegar FM, Sinar FM, Era FM, Hot FM dan Hitz FM.
Sambil berada di belog ini, boleh layan radio sekali ![]()














